Ibu dalam pantang hanya mampu sediakan semangkuk mee segera untuk empat beradik, suami dalam penjara kerana dadah

SEMANGKUK mee segera yang terhidang di atas meja membuatkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP yang baru masuk ke dalam rumah keluarga ini terkedu. Inilah sahaja juadah yang mampu disediakan Fitri Nazeera, ibu kepada anak-anak empat beradik ini.

Anak-anak yang belum mengerti gelombang kehidupan dan lambung ombak perkahwinan ini tidak tahu ibu mereka sedang berperang dengan kesukaran hidup dan perasaan.

Hampir sebulan lalu, wanita ini sedang dalam pantang bersalin 17 hari. Tidak banyak kerja rumah yang mampu dilakukannya, sementelahan pula sumber kewangan tiada.

Fitri Nazeera yang sedang berpantang 17 hari mendukung bayinya ketika menerima kunjungan pasukan Skuad Jejak Asnaf di rumahnya pertengahan bulan lalu.

Ketiadaan suami di sisi kerana berada di penjara ekoran kes dadah sangat menyukarkan kehidupan seorang isteri yang sepatutnya mendapat sokongan moral dan fizikal memandangkan sedang dalam tempoh pantang.

Namun kebesaran Allah Yang Maha Mengasihani, keluarga ini direzekikan mendapat bantuan daripada Baitulmal MAIWP yang membantu menguruskan bantuan Kecemasan Covid-19 keluarga ini dengan segera seperti barangan keperluan harian dan barangan untuk anak anak, di samping Bantuan Kewangan Bulanan yang bakal menyusul.

Gambar: Fitri Nazeera hanya mampu menyediakan semangkuk mee segera untuk empat anaknya kerana sedang pantang bersalin.

Ibu dalam pantang hanya mampu sediakan semangkuk mee segera untuk empat beradik, suami dalam penjara kerana dadah

| Semasa, Tumpang Bahu |