Ibu kendong anak dan berenang apabila kapal karam, namun anak meninggal dalam pelukan

IBU ini berusaha sedaya upaya berenang untuk menyelamatkan anak kecil berusia setahun yang dikendongnya, namun takdir tersurat, anak itu lebih dikasihi Allah dan tidak dapat diselamatkan.

Tragedi kemalangan kapal penumpang, Kapal KM Empat Bersaudara di laluan Pulau Ende-Kampung Numba Basa pada tengah hari Sabtu lalu meninggalkan kisah pilu yang pasti tidak akan dapat dilupakan ibu malang itu.

Menurut laporan portal Kompas.com, kapal yang membawa 24 penumpang dan dalam perjalanan dari Pulau Ende, Desa Numba Basa, ke daerah Nangapanda itu dilanda ombak selepas 15 minit memulakan perjalanan sehingga menyebabkan ia karam di Laut Sawu.

Pasukan penyelamat yang digerakkan ke tempat kejadian berjaya membawa naik kesemua 24 mangsa, di mana 23 mangsa terselamat dan seorang bayi meninggal dunia.

Kisah hampir sama ini pernah berlaku di perairan Selayar, Sulawesi Selatan lebih tiga tahun lalu. Dalam tragedi KM Lestari Maju, seorang ibu berusaha menyelamatkan anaknya dengan berkongsi pelampung, namun akhirnya kedua-dua mereka mati lemas.

Petangnya, anaknya ditemui berbungkus pelampung dengan rapi, manakala mayat ibunya yang sedang hamil enam bulan ditemukan malamnya dalam jarak yang sangat jauh.

Kedua-dua tragedi ini membuktikan kasih-sayang dan pengorbanan ibu tiada taranya, bergadai nyawa dan melontar segala ketakutan demi menyelamatkan zuriat tercinta.

Gambar hiasan: Ibu ini cuba menyelamatkan nyawa anaknya dengan berkongsi pelampung dalam kejadian kapal karam di perairan Selayar, Sulawesi Selatan pada 3 Julai 2018, namun akhirnya kedua-dua mereka mati lemas. (Kompas.com)

Ibu kendong anak dan berenang apabila kapal karam, namun anak meninggal dalam pelukan

| Semasa |