Ibu terdesak curi makanan, ubat demi anak demam

IDA (bukan nama sebenar), 36, hilang pekerjaan sebagai pengasuh, manakala suaminya yang bertugas sebagai juruteknik penyelenggaraan lif juga hilang kerja selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan suami isteri ini kini hanya bergantung kepada permintaan membaiki tandas jiran untuk menampung kehidupan mereka lima beranak.

Dalam situasi cukup mendesak, tiada pendapatan tetap dan wang simpanan mendorong Ida mencuri demi kesihatan anak kecil berusia tiga tahun.

Kisah Ida mencuri Koolfever, sosej dan kek pandan bernilai RM58 tular selepas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menghulurkan bantuan di kediamannya.

Kisahnya mencuri Koolfever, sosej dan kek pandan bernilai RM58 tular selepas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menghulurkan bantuan di kediamannya di PPR Lembah Subang pada 21 Januari lalu.

Ida kesal dengan tindakannya mencuri tanpa berfikir panjang, berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Beliau juga berterima kasih kepada pihak polis yang mengecualikan tindakan atas jenayah yang dilakukannya atas dasar budi bicara. 

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 21 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Ida melayan kerenah anak-anaknya ketika kunjungan Suara Asnaf di rumahnya di PPR Lembah Subang baru-baru ini.

Ibu terdesak curi makanan, ubat demi anak demam

| Advertorial, Semasa |