Ibu tua terlantar sakit tanpa rawatan

DILANDA kemurungan akibat kematian suami sehingga tidak mengambil peduli kesihatan diri menyebabkan Aminah Sadin, 71, menghidap penyakit batu karang.

Tambah memburukkan kesihatannya apabila diserang strok Ogos lalu sehingga menyebabkan ibu tua ini lumpuh dan terlantar sepenuhnya.

Keadaan rumah yang terlalu daif, kotor dan tidak selesa didiami memburukkan lagi kesihatannya. Tambah malang apabila anaknya dibuang kerja akibat pandemik Covid-19 dan tidak mampu melangsaikan bayaran rawatan di hospital.

Keadaan rumah yang tidak selesa didiami memburukkan lagi keadaan kesihatan Aminah.

Warga emas ini juga memerlukan bantuan keperluan harian seperti lampin dewasa, ubat-ubatan, makanan dan dana untuk membaik pulih rumahnya yang daif.

Selain itu, Aminah juga memerlukan sebuah katil hospital kerana hanya terbaring di atas lantai berlapikkan tilam nipis.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 02 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Aminah dilanda kemurungan sejak kehilangan suami yang kembali ke Rahmatullah lima tahun lepas.

Ibu tua terlantar sakit tanpa rawatan

| Advertorial, Semasa |