Ibu tua tinggal sebatang kara dalam timbunan sampah

DALAM usia senja, Safiah Sulong, 71, terpaksa menggagahkan diri mengutip barang kitar semula demi sesuap nasi akibat kesempitan hidup.

Hidup ibu tua ini penuh keperitan dan terpaksa tinggal di dalam rumah yang sangat daif yang tiada jalan masuk lantaran dipenuhi timbunan sampah sarap sisa daripada barangan kitar semula yang dikutipnya.

Rumah Safiah dipenuhi timbunan sampah sehingga tidak dapat
dilihat dari jalan besar.

Beliau terpaksa bekerja keras mencari barangan kitar semula kerana tiada kudrat membuat pekerjaan berat.

Dengan tenaga tidak seberapa, mengutip barangan terbiar adalah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk menampung hidupnya yang sudah hampir ke penghujung.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 11 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Rumah Safiah dipenuhi timbunan sampah sehingga tidak dapat dilihat dari jalan besar.

Ibu tua tinggal sebatang kara dalam timbunan sampah

| Advertorial, Semasa |