Ibu tunggal rayu bantuan tampung kos rawatan dialisis anak

SURYIA Kamaruzaman, 37, yang juga seorang ibu tunggal terpaksa menjual kuih di wad untuk menyara hidup bersama anak yang perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 135 km tiga kali seminggu ke Simpang Renggam memandangkan tiada kekosongan di pusat hemodialisis di Johor Bahru.

Wanita cekal ini buntu memikirkan cara untuk menampung kos tambang membawa anaknya mendapatkan rawatan hemodialisis kerana perlu memperuntukkan RM100 setiap kali rawatan.

Khuzairi Abdullah, 13 sejak lahir mempunyai masalah pendarahan yang menyebabkan darah keluar dari telinga, pusat dan kemaluan selain buah pinggangnya tidak membesar.

Tambah membimbangkan apabila masalah kewangan semakin meruncing berikutan bil air tertunggak sejak Mac lalu sehingga menyebabkan meter air rumahnya dipotong baru-baru ini .

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 03 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Jerry perlu menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di Simpang Renggam.

Khuzairi Abdullah, 13 sejak lahir mempunyai masalah pendarahan yang menyebabkan darah keluar dari telinga, pusat dan kemaluan selain buah pinggangnya tidak membesar.

Ibu tunggal rayu bantuan tampung kos rawatan dialisis anak

| Advertorial, Semasa |