Indahnya syiar Aidiladha di pedalaman Sabah dan Sarawak

* Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas.

KISAH ini masih terpahat di hati kami, kisah di pedalaman Borneo kira-kira empat tahun dahulu.

Kami, Skuad Korban Ikhlas menyantuni asnaf di pedalaman Sabah dan Sarawak dengan mengembangkan syiar Islam melalui ibadah korban. Ya, ibadah korban di negara Malaysia, tanah air tercinta kami, namun tanpa kita sedar mereka antara asnaf Muslim yang tinggal di pedalaman Sabah Sarawak, tidak pernah merasai pengalaman Ibadah Korban pada bulan Zulhijjah apatah lagi merasai nikmat daging korban itu.

Ini kisah permulaan kami, empat tahun dahulu, kerana Ikhlas, Peduli dan Prihatin kami hadir bermula membawa tiga ekor lembu hidup, meredah Sungai Borneo menaiki bot ekspres dan meredah hutan dengan menaiki pacuan empat roda. Satu perjalanan yang sangat panjang, jauh di pedalaman malah memerlukan kos yang sangat tinggi untuk merealisasikan misi ibadah korban di sini.

Indah syiar Aidiladha ini, masyarakat kampung berkumpul bersama-sama, semua hadir ke pekarangan lokasi menyaksikan ibadah korban yang tidak pernah mereka lalui, berganding bahu melapah daging dan seterusnya daging disedekahkan kepada penduduk kampung.

Di sinilah tersentuh hati kami, tatkala hadir seorang kanak-kanak perempuan berusia sepuluh tahun, meminta sebungkus daging yang diagihkan-agihkan walaupun ibu dan ayahnya tiada dalam senarai penerima. Bukan soal tiada dalam senarai penerima, soalnya betapa jauh anak ini berjalan kaki meredah laluan hutan sejauh enam kilometer seorang diri dari rumahnya menuju ke lokasi ibadah korban dilakukan.

Kami hantar anak itu kembali ke rumahnya melalui jalan tanah merah dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Masya Allah dengan menaiki kenderaan sahaja sudah memakan masa dua hingga tiga jam untuk sampai ke rumah anak itu. Bayangkan kerana sebungkus daging korban ini dia meredah hutan berjalan kaki seorang diri, demi untuk rasai nikmat daging korban dan dibawa balik ke rumah untuk berkongsi nikmat ini bersama keluarganya yang daif.

Rasa terpukul dengan tanggungjawab ini, siapa lagi kalau bukan kita yang perlu memulakan dan seterusnya mengembangkan syiar Islam ini. Rentetan dari pengalaman lalu kami tidak akan membiarkan mereka asnaf-asnaf ini tercicir dari menerima daging korban. Justeru Yayasan Ikhlas bersama-sama dengan Pertubuhan Korban Ikhlas masih meneruskan misi Ibadah korban pada tahun ini.

Slot penyertaan telah dibuka iaitu Pakej Korban Dalam Negara serendah RM800.00 untuk satu bahagian di Semenanjung Malaysia bagi Komuniti Orang Asli di Perak, dan juga di pedalaman Sabah. Di Sarawak pula harga bermula RM1000 untuk satu bahagian. Slot Korban Ikhlas  boleh di buat ke akaun 1202 9010 0951 99 (Bank Islam) Pertubuhan Korban Ikhlas (Rujukan – Korban Ikhlas). Boleh layari korbanikhlas.com dan daftar terus slot korban, pilih slot korban anda di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak. Ayuh bersama Korban Ikhlas pada tahun ini. 

Hubungi 03-7890 6086 atau Whatsapp untuk pertanyaan lanjut tentang aktiviti Korban Ikhlas yang terkini, anda boleh ke Facebook Korban Ikhlas atau di Instagram korbanikhlas atau Telegram Channel: Korban Ikhlas.

Prof Zainur Rashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas 

(107)

Indahnya syiar Aidiladha di pedalaman Sabah dan Sarawak

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>