ISIS sasar TikTok sebar propaganda

MEDIA sosial merupakan platform yang paling sesuai untuk menyebarkan propaganda dan ideologi kerana fenomena dunia yang terlalu bergantung kepadanya. Ruang terbuka yang berupaya menyihir kehidupan manusia ini digunakan oleh kumpulan pengganas memperluaskan aktiviti mereka.

Sebelum ini wujud bukti penggunaan akaun Twitter oleh kumpulan ini untuk menarik orang awam menyertai mereka. Kumpulan pengganas Islamic State (ISIS) meminta bantuan penggodam untuk mengenal pasti akaun-akaun lama yang memiliki ribuan pengikut dan mengambil alih akaun tersebut untuk kegunaan mereka.

Kini, aplikasi media sosial TikTok pula menjadi mangsa kumpulan ini. Format TikTok mampu menjadikan propaganda lebih menarik.

WSJ juga melaporkan beberapa akaun seolah-olah mensasarkan golongan wanita muda khususnya, dengan rakaman ekstremis yang diselaraskan dengan gambar-gambar kuda berlari dan lelaki muda serta slogan atau ‘punch line’ yang menarik golongan sasaran.

Menurut laporan Wall Street Journal, agensi risikan media sosial Storyful mengesan akaun-akaun yang menyebarkan berita buruk melalui TikTok seperti menyiarkan video yang menunjukkan mayat, orang menyanyikan lagu ISIS dan wanita mengisytihar pendirian “jihad” mereka.

Justeru itu, aplikasi ini bertindak memadam akauu-akaun tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan peraturan syarikat yang menggariskan, “Organisasi pengganas dan mana-mana organisasi jenayah yang lain dilarang keras menggunakan TikTok. Jangan menggunakan TikTok untuk mempromosikan dan menyokong organisasi atau individu ini.”

WSJ juga melaporkan beberapa akaun seolah-olah mensasarkan golongan wanita muda khususnya, dengan rakaman ekstremis yang diselaraskan dengan gambar-gambar kuda berlari dan lelaki muda serta slogan atau ‘punch line’ yang menarik golongan sasaran.

ISIS sasar TikTok sebar propaganda

| Semasa |