Isteriku jenis biar papa asal bergaya

SAYA pernah dengar ceramah agama yang beritahu, sekiranya seorang suami itu kedekut dengan isteri atau keluarganya atau cukup berkira memberi keperluan ataupun wang belanja kepada isteri, rezekinya juga akan menjadi sempit dan tidak pernah cukup.

Kerana itulah saya cuba sedaya upaya menunaikan setiap hajat isteri saya, sejak sebelum dia menjadi isteri lagi. Sewaktu bertunang, Nana letak syarat wang hantaran nanti mestilah sepadan dengan kelulusan pendidikannya. Katanya taraf ‘degree’, sekurang-kurangnya RM 15,000, tak boleh kurang sesen pun. Saya akur kerana saya cintakan dia, lagipun wang hantaran dibayar sekali sahaja.

Hari pertama disahkan mengandung, Nana letak syarat dia mahu bersalin hanya di hospital swasta wad kelas pertama. Dia menamakan satu hospital yang menjadi idaman setiap wanita bakal bergelar ibu, katanya. Bukan senang nak bersalin, perjuangan antara hidup dan mati, kata Nana lagi. Saya akur kerana ada benar juga kata Nana.

Saya bukan bergaji besar, hanya eksekutif muda yang baharu bekerja dua tahun. Saya ikat perut di pejabat, gaji setiap bulan saya simpan sebanyak mungkin untuk mencukupkan RM 10,000 sebagaimana yang dinyatakan Nana.

Hampir tiba waktu bersalin, wang masih tidak cukup. Saya terpaksa tangguh wang pemberian bulanan pada ibu di kampung semata-mata untuk mencukupkan jumlah tersebut. Ibu tidak kisah dan faham, namun saya amat malu kerana sebagai anak lelaki sulung, ibu sangat bergantung harap pada saya.

Pada hari kelahiran anak sulung kami, kegembiraan saya dirobek oleh sejumlah angka yang membuat saya tidak tentu arah. Bil yang diterima melebihi wang yang saya sediakan. Nana terpaksa menjalani pembedahan, manakala anak kami pula terpaksa ditahan kerana demam kuning. Nasib baik ada sahabat yang sudi meminjamkan duitnya.

Saya fikir hanya itu permintaan Nana, rupanya Nana juga mensyaratkan kelengkapan bayi semuanya mesti dibeli dari butik sekian-sekian. Nama butik bayi itu membuatkan saya murung seketika. Sehelai baju bayi pun sudah berharga hampir seratus, apatah lagi barangan lain. Namun apabila memikirkan logik kata-kata Nana, saya akur lagi. Ini anak sulung kita, biarlah kita raikan betul-betul tanda syukur dapat anak bunting pelamin, pujuk Nana.

Pada hari kelahiran anak sulung kami, kegembiraan saya dirobek oleh sejumlah angka yang membuat saya tidak tentu arah. Bil yang diterima melebihi wang yang saya sediakan. Nana terpaksa menjalani pembedahan, manakala anak kami pula terpaksa ditahan kerana demam kuning. Nasib baik ada sahabat yang sudi meminjamkan duitnya.

Sehingga sekarang, saya masih lagi belum habis melangsaikan hutang sahabat saya. Namun saya tidak pernah menyatakan keperitan di jiwa kepada Nana. Saya hanya doakan Nana sedar suatu hari nanti, sekiranya seorang suami itu berharta, mereka tidak akan berkira dengan isteri. Tetapi sebagai pemimpin rumah tangga, seorang suami akan memikirkan perjalanan jauh yang akan ditempuh di kemudian hari kerana sudah tentu saya mahu sehidup semati dengannya.

Saya tidak mahu Nana terus terjerat dengan gaya hidup mewah yang dipaparkan dalam laman sosial yang menjadi rujukannya saban hari, kerana taraf hidup dan rezeki setiap manusia itu tidak sama.

Apabila terkenangkan ceramah ustaz itu, saya terfikir, apakah saya dikira suami yang berkira dengan isterinya?

Isteriku jenis biar papa asal bergaya

| Tumpang Bahu |