Jumaat yang berkat beri khabar gembira buat warga Malaysia

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com)

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Bantuan PRIHATIN Nasional (PRIHATIN) yang disediakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas pendapatannya akibat situasi wabak Covid-19 yang melanda membawa sinar kepada seluruh warga Malaysia yang terlibat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang baru sahaja diumumkan di Putrajaya tadi mampu membuatkan golongan yang terjejas teruk mengukir sedikit senyuman, betapa kerajaan cakna terhadap kehidupan mereka yang diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga sekarang ini.

Muhyiddin berkata, buat kali pertamanya juga ia akan disalurkan kepada kumpulan M40. Ini termasuklah pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

PRIHATIN melibatkan pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion itu akan dibayar pada April dan Mei 2020.

Semoga kesungguhan kerajaan menjaga kebajikan masyarakat akan dibalas warga Malaysia dengan usaha mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, demi kebaikan mereka sendiri. Bak peribahasa Melayu, “Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa”.

Jumaat yang berkat beri khabar gembira buat warga Malaysia

| Semasa |