Kediaman hanyut banjir pada hari perkahwinan, pasangan terima kejutan apabila dihadiahkan sebuah rumah

MENYAKSIKAN rumah sendiri tenggelam pada hari perkahwinan adalah tragedi yang bukan mudah dihadapi sesiapa sahaja.

Hari Sabtu lalu yang sepatutnya diraikan penuh gembira oleh pasangan pengantin Sarah Soars, 24, dan Joshua Edge, 26 bertukar suasana apabila kediaman mereka di bandar Taree, New South Wales dihanyutkan banjir.

Menurut ABC News, pasangan itu kehilangan segalanya termasuk haiwan, kenderaan dan barangan peribadi.

Namun nasib malang mereka menarik rasa simpati pemilik rumah yang bermurah hati menyumbang sebuah rumah untuk mereka diami. Hasrat tersebut disampaikan kepada mereka melalui sebuah firma hartanah.

Pasangan itu juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin apabila berjaya mengumpul dana AS$78,000 menerusi kutipan sumbangan secara dalam talian.

Taree merupakan antara kawasan di New South Wales yang teruk dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

Gambar: Sarah dan Joshua merupakan antara mangsa yang terlibat dilanda banjir di New South Wales beberapa hari lalu. (topmostpopular.com)

Kediaman hanyut banjir pada hari perkahwinan, pasangan terima kejutan apabila dihadiahkan sebuah rumah

| Semasa |