Kehadiran wanita ‘kepala berlumuran darah’ gemparkan Pusat Pemberian Vaksin

“SUNTIK di lengan, bukan di kepala.” Jawapan ini memang tepat tetapi bukan semudah itu untuk menjawab persoalan petugas dan orang sekeliling di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) apabila seorang wanita dengan ‘kepala berdarah’ hadir untuk mendapatkan vaksinasi.

Ibu kepada aktres Malaysia-Thailand, Thian Siew Kim sedang mewarnakan rambutnya di rumah apabila dimaklumkan supaya hadir ke PPV untuk mendapat vaksinasi dengan segera.

Dengan keadaan ‘rambut separuh siap’ ibunya bergegas ke PPV tersebut dan terpaksa ditemani Thian yang sememangnya berada di situ kerana divaksinasi pada tarikh itu.

Dalam catatan Facebooknya pada 16 Julai lalu, Thian menjelaskan bahawa ibunya berbangsa Thai dan hanya dapat bertutur dalam bahasa Thai. Jadi dia harus menemani ibunya sepanjang proses vaksinasi.

Thian memaparkan salah satu poster gurauan warga net yang menghargai kesungguhan ibunya menghadirkan diri ke PPV untuk mendapatkan vaksin walaupun dalam keadaan ‘kepala berlumuran darah’.

Penampilan ibunya yang masih basah kepala dan berwarna merah menarik perhatian petugas  kesihatan di pusat itu yang menyangka ia adalah darah, malah ada juga yang mengesyaki Thian adalah majikan manakala ibunya pembantu rumah yang didera Thian sehingga berdarah kepala.

Bahkan menurut Thain, petugas di pusat pemberian vaksin turut memeriksa ibunya jika kepalanya terluka, malah ada juga yang menyangka dia cedera dan sedang mencari ambulans ketika itu.

Namun, setelah menyelesaikan keraguan mereka, Thain mengatakan bahawa kakitangan PPV itu melayan ibunya dengan malah meminta untuk mengambil gambar bersama.

Kisah menarik Thian dan ibunya mendapat perhatian warga net sehingga ada yang bergurau mencadangkan ibunya dilantik sebagai duta vaksinasi atas kesungguhannya mendapatkan vaksinasi walau dalam apa jua keadaan.

Gambar: Ibu Thian sedang menunggu divaksinasi dengan ‘kepala berlumuran darah’ sehingga disangka pembantu rumah yang didera majikan. (FB Thian Siew Kim)

Kehadiran wanita ‘kepala berlumuran darah’ gemparkan Pusat Pemberian Vaksin

| Semasa |