Kempen Pengorbanan Kasih Abadi TV AlHijrah sempena Aidiladha zahir rindu tertangguh umat Islam terhadap Haramain

KEMPEN Aidiladha di TV AlHijrah yang dilaksanakan pada 1 hingga 23 Julai 2021 bertemakan Pengorbanan Kasih Abadi ini mengambil ibrah peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT menyembelih anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail A.S.

Dipilih dengan kata kunci pengorbanan, kempen ini bertujuan menzahirkan pengorbanan umat Islam dalam menahan kerinduan yang tertangguh untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Lapan program istimewa Aidiladha akan disiarkan sepanjang tempoh kempen, menambah senarai rancangan sedia ada ialah;

  1. Dokumentari Labayk Allahuma Labayk yang mengisahkan perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji serta sejarah Kaabah dan Batu Hitam pada Jumaat, 16 Julai 2021, 10.30 malam.
  2. Dokumentari Journey of Hajj yang membawa penonton menelusuri pengalaman serta catatan pengalaman ulamak Islam sewaktu menunaikan ibadah haji semenjak abad keenam hijrah pada Jumaat, 9 Julai 2021, 10.30 malam.
  3. Dokumentari The Day of Hajj yang memberi gambaran tentang keadaan dan suasana di Mekah dan Madinah yang telah disiarkan pada Jumaat, 2 Julai 2021, 10.00 malam lalu.
  4. Bual Bicara Labbaikallah berkaitan musim haji yang dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Khairi dan Imam Muda Azhar yang mengupas sejarah dan muhasabah spiritual seperti Kaabah, air zam-zam, Hajarul Aswad dan lain-lain yang akan disiarkan setiap hari bermula 9 hingga 23 Julai 2021, 9.30 malam.
  5. Gema Haflah, program hiburan berbentuk hiburan Islamik yang memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan pelbagai tarannum yang disampaikan oleh Qari-Qari Malaysia yang bertemakan Aidiladha pada Sabtu, 17 Julai 2021, 10.30 malam.
  6. Drama bersiri Bujang Haji yang mengisahkan tentang tiga sahabat yang bercita-cita untuk menunaikan haji serta cabaran yang mereka tempuhi dalam membuat persiapan menjadi duyufurrahman pada setiap Isnin dan Selasa, 6.00 petang.
  7. Filem Tiada Tajuk yang mengisahkan tentang tiga orang pemuda kampung yang ingin menjadi penyanyi rock dan pop terkenal dan berimpian besar tetapi malangnya bakat mereka tidak dihargai penduduk kampung pada 19 Julai 2021.
  8. Animasi kanak-kanak Islamik, Ustaz Kartun & Robojim, sebuah rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Ustaz Nazrul atau Ustaz Kartun dan watak animasi Robojim yang mengajar ilmu Al-Quran, tajwid, hafazan, dan tulisan Jawi dengan kaedah “kartungogi”, melukis dan animasi pada setiap Sabtu dan Ahad, 5.00 petang.
Dengan tema Pengorbanan Kasih Abadi, empat buah dokumentari Haji dipilih untuk bersiaran setiap Jumaat dalam bulan Julai ini.

Selain daripada program Aidiladha, bulan Julai 2021 juga adalah bulan istimewa TV AlHijrah kerana stesen ini memperkenalkan satu lagi inisiatif baru yang dikenali sebagai Inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TV AlHijrah.

Inisiatif ini dilancarkan untuk membantu masyarakat supaya sentiasa tenang jiwa mengharungi waktu-waktu sukar sepanjang pandemik Covid-19.

Ia dibahagikan kepada dua elemen utama iaitu siaran rancangan di televisyen (on air) dan juga aktiviti lapangan (on ground).

Tiga program televisyen adalah La Tahzan, Saranghae, Kapsul Wabak, Soul Fitness, Tangan Seni dan Ngaji On The Go, manakala untuk acara lapangan, program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai Hijrah Prihatin yang akan dilaksanakan bermula Julai 2021 hingga Disember 2021.

Gambar: Program La Tahzan yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Abby Fana bertujuan membantu masyarakat sentiasa tenang berhadapan ujian.

Kempen Pengorbanan Kasih Abadi TV AlHijrah sempena Aidiladha zahir rindu tertangguh umat Islam terhadap Haramain

| Advertorial, Semasa |