Kempen “Turn Quarantine to QuranTime” 20 Mac satukan ummah hadapi Covid-19

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com)

PEPATAH Arab menyatakan waktu itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya ia memotong kita, manakala Barat mengumpamakan masa sebagai wang. Masa sangat penting dan memanfaatkan waktu merupakan perkara yang sentiasa diingatkan oleh agama.

Rasulullah s.a.w. berpesan, terdapat dua nikmat yang banyak membuat manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu terluang. Justeru itu surah Al-‘Asr sangat besar dalam erti kehidupan mukmin kerana umat yang bijaksana sentiasa memanfaatkan setiap detik hidupnya ke arah kebaikan, tidak kira sewaktu susah atau pada masa senang.

Usaha beberapa agensi kerajaan dan swasta serta NGO yang bergabung tenaga mengerakkan kempen mengisi waktu “kuarantin” ekoran Perintah Kawalan Pergerakan membuktikan sesuatu masalah itu boleh ditukar kepada sesuatu yang memberi faedah jika terdapatnya kerjasama pelbagai pihak dan masyarakat.

Untuk itu Jakim, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sinar Harian melakukan satu usaha sinergi dengan slogan Solidariti Ummah Untuk Malaysia untuk kempen “Turn Quarantine to QuranTime” dengan tanda pagar Malaysia #QuranTime.

Orang ramai diminta memenuhkan aktiviti bermula pukul 12-00 tengahari hingga 1.00 petang, 20 Mac 2020 dengan program berinteraksi dengan al-Quran melalui bacaan surah Ar-Rahman, mentadabburnya serta sama-sama mendoakan kesejahteraan negara dari kediaman atau tempat masing-masing.

Kempen yang mengajak orang ramai memanfaatkan waktu kuarantin kepada pengisian masa membaca al-Quran ini bertujuan mewujudkan satu penyatuan umat Islam dalam menghadapi musibah wabak Covid-19 secara asuhan agama.

Kempen yang mengajak orang ramai memanfaatkan waktu kuarantin kepada pengisian masa membaca al-Quran ini bertujuan mewujudkan satu penyatuan umat Islam dalam menghadapi musibah wabak Covid-19 secara asuhan agama.

“Dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi warga Malaysia saat ini, kita berharap Al-Quranlah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.

“Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini,” kata Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub, pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Sinar Harian.

Program ini akan disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah (114).

Kempen “Turn Quarantine to QuranTime” 20 Mac satukan ummah hadapi Covid-19

| Semasa |