Kenderaan rosak di tengah padang pasir, lelaki ini ditemui pasukan penyelamat telah meninggal dalam keadaan bersujud

KEMATIAN yang paling indah, inilah yang menggambarkan kematian lelaki ini. Beliau meninggal ketika sedang mengabdikan diri kepada Yang Maha Mencipta, sedang bersujud di tengah padang pasir ketika ditemui pasukan penyelamat.

Jelas terpapar dalam video yang dimuatnaik ke laman sosial satu objek berwarna putih di tengah-tengah hamparan warna pasir, dan tiada siapa menyangka itulah jenazah Dhuwaihi bin Hamud Al Ajilin Al Dawsari yang terdampar di tengah-tengah gurun Riyadh.

Menurut laporan portal Al-Araby, Dhuwaihi Al-Dawsari yang merupakan salah seorang penduduk sebuah bandar di lembah Dawasir itu telah hilang sejak 16 Julai lalu dan ditemui dalam posisi sujud lebih sehari dari tempoh pencarian sehinggalah kenderaannya ditemui.

Laman sosial Arab Saudi dikatakan dipenuhi ucapan takziah oleh warga net yang kagum dengan pemergiannya dalam keadaan beribadah dalam saat-saat terakhir kehidupannya.

Warga net mengucapkan takziah atas pemergian Dhuwaihi yang ditemui meninggal dalam keadaan sujud di tengah padang pasir di Arab Saudi. Foto: Al-Araby

Media tempatan juga melaporkan banyak kes kehilangan serupa ini berlaku apabila kenderaan yang dinaiki rosak dalam perjalanan di tengah-tengah gurun yang luas dan sukar memperolehi bantuan kecemasan itu.

Bagi seorang hamba, kepada Allah lah tempat sebaik-baik mengadu. Begitulah agaknya yang dilakukan Allahyarham Dhuwaihi ketika terdampar keseorangan di tengah butiran pasir saujana mata memandang. Dan beliau dijemput bertemu Pencipta-Nya dalam keadan penuh pengabdian, sebuah kematian yang dicemburui.

Gambar: Dwuwaihi ditemui sedang bersujud di tengah padang pasir oleh pasukan penyelamat. (Al-Araby)

Kenderaan rosak di tengah padang pasir, lelaki ini ditemui pasukan penyelamat telah meninggal dalam keadaan bersujud

| Semasa |