Kiub ais punca keracunan makanan?

YA, ia boleh berlaku apabila kiub ais disimpan bersama bahan-bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan di tempat sama dalam peti ais. Pencemaran silang berlaku apabila bakteria pada bahan mentah itu mencemari kiub air tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu ciapan di Twitter semalam, ini kerana bahan mentah lain dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan, tetapi tidak dengan ais.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) juga berkata, bakteria seperti E-Coli dan Salmonella boleh hidup dalam ais dan bahan mentah seperti ayam dan daging pada suhu sejuk.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Untuk mengelakkan pencemaran silang berlaku, simpan bahan mentah dalam bekas atau plastik kedap udara.

Kiub ais punca keracunan makanan?

| Kesihatan |