Lagi kes menzalimi haiwan – anjing digantung dan diseret di belakang lori dalam keadaan masih bernyawa sehingga tersiat kulit

HANYA berjarak empat hari daripada kes sebelas ekor kucing mati disyaki diracun di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung, Rawang, semalam satu lagi kejadian menyayat hati berlaku kepada seekor anjing.

Anjing malang tersebut dilihat digantung sambil diseret di belakang lori yang menghala ke Pulau Carey, Klang dalam keadaan masih hidup.

Menurut makluman saksi lagi, anjing masih bernyawa sewaktu saksi mengikut rapat lori dari belakang manakala kulit anjing sudah mulai tersiat-siat.

Perbuatan ikat, gantung dan seret anjing sambil lori bergerak laju adalah satu perbuatan zalim jika pemandunya sengaja melakukan aksi ngeri yang kejam ini.

Menurut hantaran di laman Facebooknya, Persatuan Haiwan Malaysia melaporkan lori bernombor pendaftaran WXP7123 itu dipandu oleh lelaki berbangsa India bersama kelindan berbangsa sama. Kedua-dua mereka diminta tampil memberikan penjelasan.

Saksi kejadian akan melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan pendakwaan atas jerutan dan seretan anjing sambil lori bergerak laju.

Saksi kejadian akan melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan pendakwaan atas jerutan dan seretan anjing sambil lori bergerak laju.

NGO ini juga meminta saksi lain yang turut melihat kejadian itu agar tampil membuat laporan bagi mengukuhkan keterangan berhubung kejadian dengan menghubungi persatuan ini di talian WhatsApp 601120901097.

Perbuatan berlaku zalim dan menyeksa haiwan merupakan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak, hukuman penjara minimum satu tahun sehingga maksimum tiga tahun atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 boleh dikenakan terhadap pesalah.

Atas apa alasan sekalipun, perbuatan menganiaya sebegini akan mengikis sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan dalam diri dan seterusnya melahirkan masyarakat yang rosak peribadi. Lama-kelamaan ia akan menjadi suatu kebiasaan dan boleh menular kepada penganiayaan kepada sesama manusia pula sekiranya tidak dicegah.

Gambar: Seekor anjing (bahagian kiri lori) tergantung dan diseret lori yang sedang bergerak laju. (FB: Persatuan Haiwan Malaysia)

Lagi kes menzalimi haiwan – anjing digantung dan diseret di belakang lori dalam keadaan masih bernyawa sehingga tersiat kulit

| Semasa |