Lelaki tenang renung Al-Quran, ambil masa empat tahun dengar bacaan untuk hafal surah Al-Kahfi

MEMBACA Al-Quran oleh muslim yang fasih bahasa Arab itu adalah biasa, namun bagi a’jami (bukan berbangsa Arab) usaha untuk membacanya mungkin berdepan sedikit kesukaran.

Seorang lelaki menceritakan pengalamannya yang penuh keterharuan menyaksikan kesungguhan seorang lelaki Islam yang amat menjiwai Al-Quran ketika beliau menggunakan perkhidmatan awam di London.

“Beliau membuka muka pertama Surah Al-Kahfi dalam telefonnya dan merenung ayat-ayat terpapar agak lama sambil mengumamkan sesuatu dengan muka berseri-seri dan tersenyum. Beliau menoleh sejenak kepada saya, dan saya balas pandangannya dengan sebuah senyuman.

“Beliau tanya sama adakah saya Islam? Melihat saya mengangguk, beliau terus bercerita perihal dirinya yang memeluk Islam tujuh tahun lalu, namun kerana tidak faham bahasa Arab, beliau mengambil jalan menghafal Surah Al-Kahfi dengan cara mendengar bacaannya selama empat tahun.

Menurut lelaki itu lagi sebagaimana diceritakan dalam laman Facebook Dr Muhammad Salah, lelaki yang ditemui itu juga memberitahu yang beliau pernah mendengar sesiapa yang memandang Al-Quran akan diganjari pahala.

Menurutnya lagi, walaupun hanya merenung muka surat yang kaku, ayat-ayat Allah itu memberikan kebahagiaan dan ketenangan yang tak tergambarkan kepadanya.

Atas sifat Maha Pemurah Allah SWT, umat Islam yang membaca al-Quran terus diganjari sepuluh pahala untuk setiap huruf yang dibacanya; bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah.

Manakala bagi mereka yang masih kurang lancar atau bacaan seringkali tersangkut-sangkut, Rasulullah SAW membesarkan hati mereka dengan jaminan mereka akan mendapat dua kali pahala berbanding orang yang lancar.

Amat malanglah bagi mereka yang pandai membaca Kitabullah namun tidak melaziminya setiap hari kerana di luar sana ramai yang mengimpikan kebolehan seperti anda dan mereka berusaha sedaya upaya ke arah itu.

(37)

Lelaki tenang renung Al-Quran, ambil masa empat tahun dengar bacaan untuk hafal surah Al-Kahfi

| Agama, Semasa | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>