Majlis Pecah Tanah Bina Masjid, sedia tempat ibadah untuk warga Taman Nusa Bayu

PADA 10 Mac 2023 bersamaan 17 Syaaban 1444H lalu, telah diadakan Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu di Iskandar Puteri, Johor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), wakil rasmi buat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

“Kami di Taman Nusa Bayu, Taman Nusantara Prima, Taman RMJ Nusa Bayu dan Bayu Angkasa Apartment sudah mendiami di taman ini sudah hampir 10 tahun. Kami tidak ada surau ataupun masjid, jadi kami sangat memerlukan sebuah masjid kerana sekarang kami hanya menggunakan premis sewaan untuk beribadah dan melakukan aktiviti keagamaan.

Sehubungan dengan itu, kami juga sedang berusaha menjayakan projek pembinaan masjid ini. Mudah-mudahan mendapat bantuan dan sokongan daripada masyarakat di dalam dan di luar negeri Johor.” – Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu, Mohd Zaki bin Mohd Esa.

Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan rekabentuk Masjid Taman Nusa Bayu serta penghargaan kepada KNKV Group yang membantu mempromosikan tabung pembinaan projek masjid ini.

“Saya berpandangan itu adalah satu usaha yang bagus dan realistik pada waktu kini, kerana untuk bergerak tabung ke tabung, sudah kurang efektif, tetapi melalui penggunaan media massa ini, saya percaya akan ada lebih ramai pihak yang minat untuk memberi sumbangan.” – Timbalan Pengarah Operasi JAINJ, YB Tuan Haji Yosree bin Ikhsan.

Sebanyak RM3.1 juta berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai bagi meneruskan projek pembinaan masjid ini, namun masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM2.2 juta untuk mencukupkan dana bagi memulakan projek pembinaan keseluruhan.

Diharapkan dengan adanya Masjid Taman Nusa Bayu, penduduk di kawasan tersebut dapat menunaikan ibadah dengan selesa dan teratur. Masjid ini dijangka siap pada penghujung tahun 2024 dengan kapasiti menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Di bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita berinfaq dengan menyumbang kepada Masjid Taman Nusa Bayu menerusi akaun Maybank Islamic – 5516 0501 4746 atau Bank Rakyat – 1101 7268 04. Anda boleh menghubungi Mohd Zaki Bin Md Esa di nombor telefon 019 7701085 untuk menyumbang atau untuk maklumat lanjut, layari laman web www.masjidnusabayu.com atau laman Facebook mereka.

Mari bersama-sama menyediakan tempat ibadah yang selesa untuk warga Taman Nusa Bayu.

(34)

Majlis Pecah Tanah Bina Masjid, sedia tempat ibadah untuk warga Taman Nusa Bayu

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>