“Mak, saya tidak mahu mati,” jerit kanak-kanak usia enam tahun mangsa letupan Beirut sebaik sahaja melihat kakinya berdarah

“MAK, saya tidak mahu mati,” jerit kanak-kanak berusia enam tahun sebaik sahaja melihat darah di kakinya akibat terkena serpihan kaca daripada letupan besar yang menggegarkan pelabuhan di Beirut minggu lepas.

Letupan yang menerbangkan serpihan kaca di sekeliling rumahnya itu bukan sahaja menakutkan anaknya, tetapi juga meninggalkan kesan trauma kepadanya, kata Hiba, ibu kanak-kanak itu sebagaimana laporan portal Al-Araby.

“”Kenapakah begini kehidupan ini? Virus korona dan letupan!” Adu anak kecil itu kepadanya. Reaksi anaknya itu sangat merunsingkan Hiba.

Ibu dua anak berusia 35 tahun yang meminta dirahsiakan nama keluarganya itu juga memberitahu, pada waktu kejadian seluruh bangunan tempat kediamannya bergegar akibat letupan.

Pada masa itu anak lelakinya itu berada di ruang tamu, di mana serpihan kaca jendela berterbangan memenuhi ruang tempat anaknya duduk. Anak itu diam terpaku di atas sofa menyaksikan apa yang sedang berlaku di rumah mereka.

Hiba dengan segera menyeret anaknya itu daripada ruang tamu; dan pada masa itulah kaki anaknya yang tidak berselipar terturis kaca yang berderai di atas permaidani.

Hiba dengan segera menyeret anaknya itu daripada ruang tamu; dan pada masa itulah kaki anaknya yang tidak berselipar terturis kaca yang berderai di atas permaidani.

Semenjak kejadian itu, anaknya sering terkejut dan panik setiap kali terdengar suara kuat, kata Hiba lagi.

Selain anak lelakinya, bayi perempuan Hiba yang baru berusia 16 hari juga hilang kesedaran selama 20 minit, dan menangis sebaik sahaja sedar semula tetapi mula enggan menyusu selepas itu.

Hiba kini menempatkan anak lelakinya di dalam bilik penuh permainan supaya dapat berjarak dengan peti televisyen di ruang tamu agar anaknya itu tidak terdengar berita seputar letupan itu yang mungkin boleh menyebabkannya mengimbau peristiwa itu.

Hiba tidak mahu anaknya itu memendam rasa dan mengambil langkah mengajaknya berbual-bual bagi menghindari anaknya terus mengimbau kejadian itu.

Dalam video yang yang tular di media sosial memaparkan tragedi itu dapat didengar teriakan kanak-kanak “letupan… letupan” dan kemudiannya rintihan “Mak, saya tidak mahu mati”.

Manakala TV Lubnan pula memaparkan rintihan seorang ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal akibat letupan itu.

Kejutan mental yang menyerang kira-kira 100,000 kanak-kanak di Beirut ini meninggalkan kesan trauma yang bukan sedikit kepada mereka, kata UNICEF.

Gambar: al-araby.co.uk

“Mak, saya tidak mahu mati,” jerit kanak-kanak usia enam tahun mangsa letupan Beirut sebaik sahaja melihat kakinya berdarah

| Semasa |