Maradona ‘pulang’ selepas menjaring 259 gol dalam 491 perlawanan

SEBAGAIMANA bulatnya bentuk bola yang ditendangnya, begitulah aturan hayat seorang manusia. Deigo Maradona meninggal dunia setelah 60 tahun hidup dalam putaran siang dan malam, melalui asam garam kehidupan sebagai pemain kebanggaan Argentina.

Maradona dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires.

Beliau yang sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu juga pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol, lapor agensi berita BBC.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta-merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.

Kisah beliau melarikan diri dari kemiskinan pada masa mudanya untuk menjadi superstar bola sepak memberi inspirasi kepada anak muda pada zaman itu untuk mengubah kehidupan kepada tahap yang lebih baik.

Sepanjang hayat, beliau berjaya menjaringkan 259 gol dalam 491 perlawanan, mengalahkan pesaingnya dari Amerika Selatan dalam pemilihan untuk menentukan pemain terhebat abad ke-20, sebelum Fifa mengubah peraturan pengundian sehingga kedua pemain mendapat penghormatan.

Di samping mengkagumi kejayaan beliau dalam bidangnya, kisah beliau melarikan diri dari kemiskinan pada masa mudanya untuk menjadi superstar bola sepak memberi inspirasi kepada anak muda pada zaman itu untuk mengubah kehidupan kepada tahap yang lebih baik.

Gambar: Diego Maradona menjaringkan 34 gol dalam 91 perlawanan untuk Argentina (bbc.com)

Maradona ‘pulang’ selepas menjaring 259 gol dalam 491 perlawanan

| Semasa |