Markas sindiket “scam online”Cyberjaya diserbu JIM

MEREKA bertempiaran lari menyelamatkan diri dari ditangkap pihak penguatkuasa ketika serbuan dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia semalam.

JIM menyerbu premis bertempat di Cyberjaya itu setelah mengesyaki ia menjadi markas sindiket scam online yang didalangi warga China. Hampir 1000 orang ditahan dalam serbuan itu, menurut hantaran dalam laman Facebook Malaysia Immigration News Update.

Satu sidang media khas akan diadakan esok pagi berhubung operasi penguatkuasaan ini yang dipercayai sindiket “scam online” terbesar oleh warga China di negara ini.

Markas sindiket “scam online”Cyberjaya diserbu JIM

| Semasa |