Melakar gagasan politik baharu untuk masa depan yang lebih aman

OLEH ROKIAH ISMAIL
(rokiah@tvalhijrah.com)

POLITIK Islam sangat mementingkan etika dan akhlak kerana ia merupakan syarat seorang pemimpin yang adil, adil pada diri sendiri dan seterusnya mempengaruhi keadilan dalam pemerintahannya. Peribadi pemimpin yang adil menjamin kompas politik berada di landasan yang sebenar.

Segala keberantakan yang berlaku di seluruh dunia hari ini adalah akibat maksud, tujuan dan makna politik itu sendiri telah dipesongkan dan lari dari tujuan sebenar.

Menurut Pengarah RZS-Casis Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A Harris dalam rancangan Analisis bertajuk “Krisis Politik Malaysia: Kematangan Rakyat dalam Menghadapi Krisis Politik” di TV AlHijrah malam tadi, fenomena hari ini tidak kira di Malaysia dan seluruh dunia, makna politik telah disempitkan kepada perebutan kuasa dan kekuasaan, walhal makna sebenar politik itu perihal pengurusan manusia dalam konteks sebuah negara.

Untuk mengurus manusia, seseorang pemimpin sepatutnya terlebih dahulu pandai mengurus diri sendiri dengan etika dan moraliti sebagai pemimpin supaya ciri pemimpin berkualiti itu tercapai.

Ini kerana politik yang tidak berprinsip melahirkan pemimpin yang khianat dan rosak moral dan rendah integiritinya.

Kepemimpinan Islam dalam falsafah politik Islam telah dibincangkan lebih 2000 tahun lalu seharusnya menjadi pedoman para pemimpin untuk memahami makna politik sebenar dan menguruskan manusia dan negara dengan bijaksana.

Selain itu, kematangan dan kebijaksanaan rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen sangat menentukan bentuk pemerintahan sesebuah negara. Sekiranya rakyat tidak bijak memilih dan tidak tahu cara dan kedah memilih yang benar, sangat besar kemungkinan mereka akan mendapat pemimpin yang palsu dan tidak beretika.

Justeru itu dalam melakar gagasan politik baharu yang lebih berkesan, pendidikan politik kepada rakyat dan ahli politik perlulah disegerakan. Gagasan ini membolehkan pemimpin menyuntik diri mereka dengan amalan telus dan berintegriti, manakala rakyat pula mampu mengesan ketidakjujuran seseorang pemimpin dan memilih pemimpin yang sepatutnya.

Untuk mengurus manusia, seseorang pemimpin sepatutnya terlebih dahulu pandai mengurus diri sendiri dengan etika dan moraliti sebagai pemimpin supaya ciri pemimpin berkualiti itu tercapai.

Dalam Islam sendiri telah menggariskan cara untuk mengenali pemimpin yang tidak berintegriti berdasarkan tiga sifat munafik iaitu apabila bercakap mereka berbohong, apabila berjanji mereka mungkir janji dan apabila diberi amanah mereka khianat.

Malaysia dahagakan pemimpin yang betul-betul jujur, berbakti untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri serta dari kalangan mereka yang mahu mengumpulkan kekayaan untuk diri. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Eropah, di mana hanya 13 peratus rakyatnya percaya kepada ahli politik menular kepada rakyat Malaysia.

Yang menzahirkan keindahan itu ialah umat Islam itu sendiri, temasuklah pemimpin serta rakyatnya. Menurut Imam al-Ghazali, kerosakan rakyat itu bermula dengan rosaknya pemimpin. Perumpamaan Melayu pula menyebut, busuknya ikan itu bermula dari kepalanya.

Justeru itu seseorang pemimpin itu hendaklah dipilih dari kalangan orang yang terdidik dan berilmu, di mana mereka tidka boleh mempunyai suatu ideologi yang bertentangan dengan Islam seperti mereka yang mempunyai ideologi sekular liberal yang sangat takutkan Islam kerana kesalah fahaman mereka terhadap Islam yang mereka anuti sendiri.

Dengan gagasan baharu yang mementingkan akhlak pemimpin ini berlandaskan suluhan agama ini, pasti negara yang menjadi idaman setiap rakyat akan menjadi realiti. Selagi pemimpin yang hanya mementingkan diri dan juak-juaknya dipilih, selagi itulah kemelut yang tidak berkesudahan akan melanda. Nasib rakyat yang sedang merana pun tidak terbela.

Melakar gagasan politik baharu untuk masa depan yang lebih aman

| Semasa |