Memelihara kesihatan anggota badan dan jiwa dengan berpuasa

PUASA yang mengehendaki umat Islam supaya tidak makan dan minum, menjaga perkataan serta mengelakkan daripada melakukan pelbagai perkara yang boleh membatalkan ibadat ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal manusia.

Hal ini banyak dibuktikan melalui penemuan sains di mana pakar pemakanan serta doktor menyatakan perut manusia memerlukan rehat dalam tempoh tertentu. Kajian sains sangat selari dengan matlamat yang digariskan agama.

Selain itu, penjagaan telinga, lidah dan anggota lain pula bertujuan melatih seseorang itu membiasakan diri dengan amalan yang baik dengan. Puasa adalah latihan kepada mereka kerana tempoh sebulan itu adalah suatu tempoh yang tepat untuk membentuk tabiat seseorang.

Sekiranya seseorang itu berjaya mematuhi arahan dan larangan ini, dalam masa sebulan ini sudah cukup melahirkan satu individu baru yang lebih sihat dari sudut kesihatan dan jiwanya.

Pendek kata, berpuasa bukan sahaja memberi manfaat kesihatan kepada seseorang tetapi juga membaiki hubungan di mana manusia di sekeliling akan lebih menyukai peribadi yang tidak mengumpat, berkata buruk, membuat fitnah dan segala hasil kejahatan lidah yang mungkin sebelum ini menjadi amalan.

Memelihara kesihatan anggota badan dan jiwa dengan berpuasa

| Agama |