Menahan marah dan berlapang dada dengan didikan puasa

“AKU berpuasa.” Itulah jawapan ringkas yang diajar Rasulullah s.a.w. kepada umatnya apabila diperli atau dicaci sewaktu sedang berpuasa.

Latihan mengawal emosi yang dititip Baginda ini berupaya melatih umatnya menghadapi sebarang perlakuan manusia terhadap dirinya.

Seorang mukmin yang sentiasa memikirkan pembaikan diri sangat berhajat kepada latihan sebegini, apatah lagi mereka yang terlibat dengan bidang dakwah yang sangat memerlukan kesabaran tinggi.

Apabila sentiasa dilatih bersifat tenang, secara langsung sifat marah akan dapat diketepikan dana pi kemarahan seseorang itu dapat dipadam dengan simbahan jawapan yang penuh tenang dan lembut.

Ini bertepatan dengan matlamat puasa itu sendiri antaranya mengawal segala nafsu yang berlebihan dan tidak baik untuk jiwa. Dengan ketenangan, kemarahan boleh dikalahkan dengan mudah dan ini memberi keuntungan kepada orang mukmin.

Gambar hiasan: g6.psychcentral.com

Menahan marah dan berlapang dada dengan didikan puasa

| Agama |