Meninggal selang tiga hari dari kematian isteri, suami mangsa kebakaran disemadikan di tanah perkuburan sama dengan isteri

TIGA hari lalu, isteri lelaki warga emas ini rentung dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Beliau pula bertarung nyawa akibat kecederaan parah. Pemergian isterinya menghadap Ilahi tidak diringi lambaian terakhir si suami.

Pagi ini, Allah mentakdirkan si suami ini mengikut jejak isteri tercinta, Fatimah Mohd menemui Pencipta setelah tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, lapor Sinar Harian, hari ini.

Mereka digandingkan semula di tanah perkuburan yang sama, di mana almarhumah isterinya disemadikan tiga hari lalu.

Pemergian mereka berdua dalam usia senja dalam kejadian tragis ini mengundang sebak dalam diri kita, namun Allah itu amat baik perancangannya.

Tidak dapat kita bayang bagaimana seorang suami dalam usia emasnya menghadapi hari mendatang tanpa insan tercinta, malah dalam keadaan kurang sempurna pula akibat kecederaan melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian kaki dan badan.

Benarlah Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Semoga Allah memberi ketabahan hati dan kesabaran kepada keluarga mereka yang kehilangan kedua-dua ibu bapa sekaligus, serta memperlihatkan kepada kita kebesaran kuasa-Nya.

Gambar: Anggota bomba membawa keluar mayat Fatimah Mohd, 79 tahun, dari lokasi kebakaran di Kampung Losong Haji Su, di Kuala Terengganu, Isnin lalu. (Sinar Harian)

Meninggal selang tiga hari dari kematian isteri, suami mangsa kebakaran disemadikan di tanah perkuburan sama dengan isteri

| Semasa |