September 8, 2024 7:29 AM
LOGO-HBIT

Minggu Latihan Nasional (NTW) HRD Corp Tawar Kursus Professional Percuma

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri dan ekonomi Malaysia. Untuk menyokong perkembangan ini, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kembali menganjurkan Minggu Latihan Nasional (NTW), menampilkan pakar industri terkemuka serta peluang jaringan yang direka untuk meningkatkan kerjaya anda.

TVET menyediakan tenaga kerja berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, teknologi maklumat, dan hospitaliti, membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia dan memastikan mereka lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja. Selain itu, TVET meningkatkan daya saing ekonomi negara dengan menyumbang kepada produktiviti dan inovasi dalam industri.

Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memajukan TVET, termasuk peningkatan dana dan infrastruktur di institusi TVET, program latihan dan pembangunan profesional untuk tenaga pengajar, serta menggalakkan kerjasama antara institusi TVET dan industri. Pelbagai kempen kesedaran juga dijalankan untuk mengubah persepsi masyarakat dan meningkatkan penghargaan terhadap kemahiran vokasional dan teknikal.

Bersempena dengan NTW yang berlansung sepanjang minggu dari 24 hingga 30 Jun 2024, UPM Education & Training (UPMET) menawarkan pelbagai kursus percuma untuk memperkukuh kemahiran profesional dan teknikal anda antaranya:

Strategi Sukses: Penjenamaan, Pembungkusan, dan Pemasaran Produk Runcit:
Belajar cara memperkuat jenama, merancang pembungkusan yang menarik, dan memasarkan produk runcit dengan efektif.

Teknologi Pengeluaran Benih Ikan dalam Industri Akuakultur Malaysia:
Memahami teknologi terkini dalam pengeluaran benih ikan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti.

Strategi Menang untuk Mengatasi Burnout dan Depresi:
Mendapatkan strategi dan alat untuk mengatasi tekanan kerja dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Kursus Teknologi Pembuatan Silaj – Makanan Ternakan:
Mempelajari teknologi pembuatan silaj untuk memastikan ternakan mendapat nutrien mencukupi.

Essentials of Factory Layout Design for the Food Industry:
Mengetahui prinsip reka bentuk tata letak kilang untuk meningkatkan produktiviti dan keselamatan operasi.

Ensuring Food Safety: Best Practices for Sanitation and Hygienic Processing:
Mempelajari amalan terbaik dalam sanitasi dan pemprosesan makanan yang selamat.

Data Driven Agriculture:
Menggunakan data untuk meningkatkan hasil pertanian, mengurangkan kos, dan mengoptimumkan sumber.

Stepwise Innovation Process:
Membimbing melalui proses inovasi dari idea awal hingga pelaksanaan untuk membawa perubahan positif dalam organisasi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Minggu Latihan Nasional (NTW) HRD Corp dari 24 hingga 30 Jun 2024. Kursus-kursus percuma ini memberikan peluang emas untuk mengembangkan kemahiran, meningkatkan pengetahuan, dan membina jaringan profesional. Sertai NTW dan ambil langkah pertama ke arah pertumbuhan kerjaya yang cemerlang!