Muslimah sarat hamil ditinju-pijak lelaki di Australia

BUKAN setakat diseranah dengan perkataan rasis, wanita yang sedang sarat hamil ini diserang secara ganas oleh seorang lelaki di sebuah kafe di Sydney, Australia pada Rabu lepas.

Menurut laporan media Australia, wanita yang sedang makan bersama dua rakannya di sebuah restoran di Church St Paramatta dihampiri lelaki itu dan seterusnya dihina, sedangkan dia tidak membuat sebarang provokasi terhadap lelaki itu.

Rakaman CCTV menunjukkan, seorang lelaki tiba-tiba membongkok dan meninju mangsa beberapa kali di kepala dan tubuhnya hingga terkapar. Tidak cukup dengan itu, wanita itu juga dipijak-pijak di badan dan kepala.

Menurut laporan polis tempatan, lelaki tersebut memukul kepala wanita itu sebanyak 14 kali hingga terkapar kemudian menginjaknya sebanyak dua kali sebelum akhirnya dilerai oleh penjunjung lainnya.

“Sebagai akibat dari serangan itu, wanita itu kelihatan trauma secara emosional dan fizikal,” kata Inspektor Sywenkyj kepada wartawan di Sydney.

Majlis Imam Negara Australia (ANIC) dalam kenyataanya semalam mengesahkan kejadian itu sebagai didorong oleh sentimen agama dan perkauman, khususnya apabila penyerang melemparkan kata-kata nista sebelum menyerang mangsa.

Polis menangkap seorang lelaki berumur 43 tahun atas tuduhan melakukan penyerangan yang menyebabkan korban terluka. Tiada jaminan dibenarkan dan tertuduh akan dipenjara selama satu bulan.

Wanita itu dilepaskan dari RS Sydney Westmead pada hari Khamis untuk pemulihan di rumah.

Berikutan keganasan itu, Majlis Imam Negara Australia (ANIC) dalam kenyataanya semalam mengesahkan kejadian itu sebagai didorong oleh sentimen agama dan perkauman, khususnya apabila penyerang melemparkan kata-kata nista sebelum menyerang mangsa.

ANIC juga kesal dengan kejadian serangan secara lisan dan fizikal terhadap wanita oleh lelaki yang dilakukan secara terbuka itu.

Serangan itu juga membuktikan kesan semaraknya pemikiran Islamofobia di negara itu sebagaimana kenyataan yang disiarkan Islamofobia Report minggu ini.

ANIC dengan itu meminta kerajaan Australia dan NSW mengisytiharkan gejala Islamofobia sebagai ancaman besar dan seharusnya melindungi rakyatnya, serta memberi perhatian dan hukuman sewajarnya.

Foto: IG doamuslims

Muslimah sarat hamil ditinju-pijak lelaki di Australia

| Semasa |