Nekad keluar rumah, berpisah dengan anak tak tahan dipukul suami

WANI, 39, (bukan nama sebenar) keluar sehelai sepinggang bersama anak kecil berusia dua tahun dan meninggalkan tiga lagi anak akibat tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Lebih 19 tahun sepak terajang  suami menjadi ‘makanan ruji’ Wani dan anak-anaknya menyebabkan wanita ini nekad meninggalkan rumah selepas suami ‘naik minyak’ hanya kerana gagal menghubunginya.

Beliau yang dalam proses bercerai menyewa sebuah bilik yang tidak selesa dan tidur berlapikkan selimut nipis di atas lantai.

Lantaran keadaan itu dan tidak mempunyai sumber pendapatan, Wani terpaksa menghantar anak kecilnya ke kampung untuk dijaga ibu bapanya kerana tidak mampu membeli susu, lampin pakai buang dan makanan untuk si kecil. 

Anak kedua dan ketiga terpaksa ditinggalkan kerana tiada sumber pendapatan.

Malu untuk menyusahkan ibu bapa yang sudah lanjut usia, Wani terpaksa mengikat perut dan berjimat-cermat dengan RM20 yang tinggal dalam poketnya.

Wanita ini sedang berusaha mengumpul modal untuk memulakan perniagaan nasi kerabu dan laksam untuk membina hidup baharu dan berazam mengambil semua anak secepat mungkin.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 08 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank)

Nekad keluar rumah, berpisah dengan anak tak tahan dipukul suami

| Advertorial, Semasa |