Nekad mohon cerai anak hampir diperkosa suami durjana

SIAPA sangka lelaki yang dinikahi dan diharapkan menjadi pelindung diri dan anak-anak selepas dua kali kematian suami rupanya ‘musang berbulu ayam’ apabila mengkhianati kepercayaan itu apabila anak gadisnya hampir menjadi mangsa nafsu serakah bapa tiri sendiri.

Lelaki durjana itu tetap menjadi ‘haruan makan anak’ selepas beberapa kali anak gadisnya hampir menjadi mangsa rogol, wanita ini akhirnya tekad meminta cerai pada Ogos tahun lalu. 

Disebabkan gaji yang murah di Pahang,  Kak Mas mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur sebaik bercerai bersama dua anaknya berusia 19 dan 17 tahun.

Kak Mas terpaksa berkongsi ruangan dapur dan bilik air bersama penyewa lain.

Di Kuala Lumpur, Kak Mas diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji bersih RM900 sebulan namun dia tidak tahu berapa lama mampu bekerja berikutan menghidap diabetes kronik. Setiap malam kakinya membengkak dan kebas akibat kerosakan saraf.

Disebabkan tidak tahu selok belok jalan di Kuala Lumpur selain waktu kerja 12 jam Kak Mas sudah setahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dan terputus bekalan ubat.

Dia tidak mampu untuk mengambil cuti kerana gaji akan dipotong sebanyak RM100 sehari.  Jika mengikut hati dia mahu bekerja tujuh hari seminggu kerana kos sara hidup yang tinggi. 

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 18 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Kak Mas menunjukkan pepijat yang memenuhi lantai bilik sewanya.

Nekad mohon cerai anak hampir diperkosa suami durjana

| Advertorial, Semasa |