Orang ramai semakin alpa dan tidak ambil peduli nasihat, kerajaan wajibkan pemakaian pelitup muka mulai 1 Ogos

PEMAKAIAN pelitup muka akan diwajibkan bermula 1 Ogos di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat kerana kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan orang ramai terhadap SOP semakin berkurangan.

Menurut beliau segelintir masyarakat tidak lagi menghiraukan arahan memakai pelitup muka di tempat awam.

Dalam sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP hari ini, beliau juga mengulas mengenai pematuhan SOP di premis makanan yang kini juga dilihat semakin tidak diambil peduli.

Justeru itu katanya, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis termasuk pengunjung yang gagal mematuhi SOP sama ada kompaun, tindakan mahkamah, atau penutupan kedai.

Kesemua keputusan tersebut mengambil kira keadaan perkembangan Covid-19 terkini serta nasihat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Gambar hiasan: Utusan Malaysia

Orang ramai semakin alpa dan tidak ambil peduli nasihat, kerajaan wajibkan pemakaian pelitup muka mulai 1 Ogos

| Semasa |