Pakai korset – dera diri untuk kelihatan cantik, boleh sebabkan tulang rusuk terhimpit

DILIHAT cantik pada pandangan orang, tapi empunya badan bakal menanggung pelbagai penderitaan ekoran kesan memakai korset. Namun bagi sesetengah wanita, mereka sanggup mendera diri hanya untuk menerima sejumlah pujian.

Ramai pula menyangka pemakaian korset dapat memperbaiki postur badan tanpa mengetahui hakikat sebenar.

Menurut Public Health Malaysia, pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang dan tanpa nasihat doktor akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang.

Ia juga boleh mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60 peratus.

Ia juga boleh mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60 peratus.

Hal ini boleh mengakibatkan berlakunya radang di dalam paru-paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik untuk jangka masa panjang.

Selain itu, memakai korset juga menyebabkan sistem penghadaman terhimpit, menyebabkan asid dari perut naik ke esofagus, seterusnya menyebabkan gejala GERD.

Ini kerana pemakaian yang terlalu ketat dapat mengganggu aliran darah ke organ penting, secara tidak langsung juga memberi kesan kepada buah pinggang dan hati.

Justeru itu, tempoh pemakaian korset perlulah diambil kira supaya ia tidak menjejaskan kesihatan. Memakainya untuk tempoh pendek seperti hadir ke majlis-majlis tertentu adalah lebih selamat berbanding menggunakannya dalam tempoh yang panjang kerana ia seolah-olah mendera dan menganiaya tubuh sendiri.

Pakai korset – dera diri untuk kelihatan cantik, boleh sebabkan tulang rusuk terhimpit

| Kesihatan |