July 27, 2024 10:33 AM
LOGO-HBIT

Pelajar tajaan Yayasan Ikhlas lahir sebagai hafiz Al-Quran

Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas.

BUKAN mudah menjadi pelajar yang menghafaz Al-Quran. Ianya memerlukan pengorbanan pelajar itu sendiri dan pengorbanan keluarga yang sentiasa menyokong dari segenap aspek.

Alhamdulillah, baru-baru ini kami menerima berita baik iaitu salah seorang pelajar yang berasal dari Borneo, Yassir yang telah berjaya menghabiskan hafazan Al-Quran 30 juzuk pada jam 9.47, 18 Ogos 2023 yang lalu.

Yassir merupakan pelajar tajaan Yayasan Ikhlas yang diterbangkan dari Sabah dan menuntut di Maahad Tahfiz Al-Fateh.

Menurut pihak Al-Fateh, Yassir merupakan pelajar kesembilan yang khatam 30 juzuk Al-Quran di bawah Maahad Tahfiz Al-Fateh. Beliau yang baru sahaja menerima keputusan cemerlang SPM baru-baru ini kini meraih kejayaan kedua ini untuk bergelar seorang hafiz Al-Quran.

Satu kejayaan yang amat membanggakan apabila remaja ini berjaya mengharunginya selama lima tahun lapan bulan di Maahad Tahfiz Al-Fateh.

Sama-sama kita doakan Yassir semoga diberikan kekuatan untuk terus menjadi contoh tauladan kepada anak-anak diluar sana dalam segenap aspek akademik dan kerohanian.

Semoga anak-anak tajaan Yayasan Ikhlas yang lain dan juga pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Insha-Allah.

Syabas Yassir!

Prof. Zainur Rashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas