Pelitup muka dwi-fungsi berharga RM40 ribu daripada 310 butir mutiara untuk kulit muka segar dan mulus

SELAGI Covid-19 masih ada, selagi itu pulalah kita dengar pelbagai cerita seputar pelitup muka menjadi bualan warga net; dari reka bentuknya, cara pemakaiannya serta tidak kurang pula kini, gayanya.

Jika sebelum ini tular bentuk dan jenis pelitup muka milik jutawan India, Shankar Kurhada dari India yang diperbuat daripada emas bernilai RM170,000, kini tular pula kisah hampir serupa tentang pelitup muka di Jepun.

Antara keistimewaannya ialah kulit pengguna terasa lembut dan menyebabkan kulit kelihatan segar dan mulus kerana hanya mutiara jenis Akoya digunakan dalam pembuatannya; selain boleh dijadikan rantai leher.

Seorang pereka fesyen negara, Rieko Kawanishi dikatakan membuat pelitup muka khas daripada 310 butir mutiara asli yang harganya dilaporkan 1,000,000 yen (hampir RM40,000).

Pelitup muka yang diperbuat daripada empat saiz mutiara berbeza itu mengambil masa tiga hari untuk disiapkan kerana dijahit dengan tangan sepenuhnya.

Antara keistimewaannya ialah kulit pengguna terasa lembut dan menyebabkan kulit kelihatan segar dan mulus kerana hanya mutiara jenis Akoya digunakan dalam pembuatannya; selain boleh dijadikan rantai leher.

Pelitup muka dwi fungsi daripada mutiara ini juga boleh digunakan sebagai rantai.

Menurut Kawanishi, beliau ingin menghasilkan produk unik yang khususnya diperbuat daripada bahan asli Jepun memandangkan syarikat aksesori di Tokyo yang dibangunkan sejak ayahnya masih ada itu telah pun berusia 35 tahun.

Justeru itu, firma fesyen miliknya, Les Halles Tokyo Inc. itu cuba menghasilkan pelitup muka yang lain daripada lain.

Berbeza dengan pelitup muka Kurhada yang penciptaannya didorong sifat pemiliknya yang sukakan perhiasan emas, pelitup muka Kawanishi dilihat lebih bersifat serampang dua mata; mengutamakan keselesaan dan kecantikan. Manakan tidak, ia produk ciptaan seorang wanita!

Gambar: ruptly.tv

Pelitup muka dwi-fungsi berharga RM40 ribu daripada 310 butir mutiara untuk kulit muka segar dan mulus

| Semasa |