Penantian pelajar IPT berakhir, gembira dapat keizinan balik kampung

BAGAI burung dalam sangkar yang dilepas keluar, begitulah agaknya perasaan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta yang terkandas di ibu negara apabila mendapat keizinan untuk pulang ke kampung setelah sebulan lebih terperap di bilik.

Menurut MKN, bermula malam tadi mereka dibenarkan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing setelah sedikit kelonggaran diberi, sebagaimana yang diumum Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas.

Bagaimanapun, pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau.

Persiapan rapi juga dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi seperti menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenal pasti.

Dianggarkan kira-kira 100,000 pelajar yang terbabit dan jumlah ini memerlukan perancangan rapi dan sistematik supaya keselamatan dan kelancaran perjalanan terjamin.

Penantian pelajar IPT berakhir, gembira dapat keizinan balik kampung

| Semasa |