Penjarahan Palestin isu seluruh umat Islam, JAWI anjur majlis solat sunat hajat sambut seruan Agong supaya rakyat Malaysia doakan perlindungan dan pemeliharaan rakyat Palestin

OLEH ROKIAH ISMAIL

SATU majlis solat sunat hajat, doa selamat dan Qunut Nazilah bagi umat Islam di Wilayah Persekututuan bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin akan dianjurkan dalam masa terdekat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Usaha ini bagi menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan perlindungan dan pemeliharaan rakyat Palestin dari cengkaman dan penindasan rejim Israel.

Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan keprihatinan dan sokongan Baginda kepada rakyat Palestin yang kini terus dijajah dan ditindas oleh rejim itu.

Prinsip Kerajaan Malaysia yang konsisten dalam isu Palestin-Israel sentiasa mengecam tindakan rejim Israel untuk mengilhakkan sebahagian tanah Palestin yang dijajah Israel sejak tahun 1967 di Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan.

Malaysia yang berpendirian perbuatan ini sebagai tidak berperikemanusiaan menyeru penentangan secara berterusan terhadap kezaliman ini oleh seluruh masyarakat Malaysia bagi memberi tekanan berterusan agar kekejaman itu dihentikan.

Dr. Zulkifli juga memetik pendapat Maulana Abu al-Hasan Ali Al-Nadwi dalam bukunya al-Muslimun wa Qadiyyah al-Falastin yang begitu prihatin terhadap permasalahan Palestin; di mana beliau menganggap isu penjarahan tanah Palestin ini melampaui isu negara, rakyat Palestin atau bangsa Arab; sebaliknya isu umat Islam sejagat.

Menurutnya lagi, seluruh umat Islam sepatutnya disedarkan berkenaan isu ini serta bahayanya jika ia dibiarkan.

Penjarahan Palestin isu seluruh umat Islam, JAWI anjur majlis solat sunat hajat sambut seruan Agong supaya rakyat Malaysia doakan perlindungan dan pemeliharaan rakyat Palestin

| Semasa |