Perogol luar tabii sasar lelaki muda

JENAYAH rogol kini bukan hanya menghantui hidup golongan wanita, tetapi turut menjadi ancaman kepada kaum lelaki.

Kes seorang perogol luar tabii paling prolifik di Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 30 tahun semalam membuktikan jenayah rogol dan serangan seksual kini bukan hanya mensasarkan wanita.

Menurut laporan agensi, Reynhard Sinaga yang merupakan pelajar warga Indonesia didapati bersalah merogol atau menyerang secara seksual 48 lelaki muda di Manchester dan turut melakukan serangan seksual ke atas 195 lelaki dalam tempoh lebih 18 bulan.

Modus operandi Reynhard untuk memerangkap mangsa hampir sama dengan kes yang dilakukan kepada mangsa wanita, iaitu mencampurkan dadah dalam minuman mangsa sebelum melakukan serangan seksual ke atas mereka.

Sebelum itu kebanyakan mangsa diperdaya untuk ke flat yang didiaminya dengan berpura-pura untuk menawarkan bantuan atau tempat untuk tidur sebelum mencampurkan dadah dalam minuman mereka.

Mangsa kemudiannya diserang apabila mereka tidak sedarkan diri. Kebanyakan mangsanya dipercayai penuntut berusia belasan dan awal 20-an, lapor The Guardian pula.

Sebelum itu kebanyakan mangsa diperdaya untuk ke flat yang didiaminya dengan berpura-pura untuk menawarkan bantuan atau tempat untuk tidur sebelum mencampurkan dadah dalam minuman mereka. Mangsa kemudiannya diserang apabila mereka tidak sedarkan diri.

Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS) memaklumkan Reynhard, 36, didakwa dengan 159 kesalahan termasuk 136 kes rogol dan lapan cubaan rogol dalam empat perbicaraan secara berasingan.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya perbuatan lelaki tersebut terbongkar apabila salah seorang mangsanya sedar ketika diserang secara seksual. Reynhard ditahan pada Jun 2017.

Hasil serbuan dilakukan pihak berkuasa turut menemui rakaman selama beberapa jam tentang serangan seksual itu yang disimpan dalam telefon bimbitnya.

Selain itu 3.29 terabait bahan grafik serangan seksual tersebut yang bersamaan 250 DVD atau 300,000 gambar ditemui dalam serbuan itu. Durasi salah satu insiden serangan seksual itu berlarutan sehingga lapan jam,” jelas CPS dalam satu kenyataan.

Sumber gambar: Sinar Harian

Perogol luar tabii sasar lelaki muda

| Semasa |