Perubahan waktu solat Subuh bagi negeri Selangor

WAKTU solat Subuh bagi seluruh kawasan negeri Selangor ditambah sebanyak lapan (8) minit dari waktu asal semasa bermula masuk waktu solat Subuh pada 29 November 2019 bersamaan 2 Rabiulakhir 1441.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya hari ini berkata, perubahan ini berikutan hasil kecerahan langit waktu Subuh yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM) yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-116.

Mengikut kajian itu, nilai kedudukan matahari dalam hitungan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah ufuk telah ditukar kepada nilai 18 darjah di bawah ufuk bagi negeri Selangor.

Waktu solat terkini bagi tahun 2020 negeri Selangor boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor, http://www.muftiselangor.gov.my

Perubahan waktu solat Subuh bagi negeri Selangor

| Semasa |