Pesakit mati sendirian, keluarga hanya mampu ucap selamat tinggal dari jauh

OLEH ROKIAH ISMAIL
(rokiah@tvalhijrah.com)

MENYAKSIKAN seorang pesakit menghadapi saat kematian keseorangan sangat memilukan hati sesiapa sahaja. Itulah yang dialami Dr. Francesca Cortellaro sewaktu merawat seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Menurut Dr. Cortellaro, pesakit itu merayu untuk berjumpa anak dan cucu-cucunya sebelum menghembus nafas terakhir sejurus mengetahui kematiannya sudah terlalu hampir.

“Pesakit Covid-19 datang bersendirian, tiada saudara mara di sini yang dapat membantu, dan apabila saatnya tiba, mereka hanya mampu memberitahu. Mereka seolah-olah sedang kelemasan, tapi sudah tidak cukup masa untuk menyedarinya,” katanya sebagaimana dipetik Don Tamer Halaseh yang dimuatkan dalam laman Facebooknya.

Menurutnya lagi, suatu malam seorang nenek tua merayu untuk bertemu cucu perempuannya. Beliau cuba membantu meringankan kerinduan pesakitnya dengan menghubungi mereka melalui panggilan video.

“Apa yang mampu cucunya lakukan hanyalah mengucapkan selamat tinggal kepada neneknya. Sejurus selepas itu nenek itu meninggal,” katanya lagi.

Wabak ini bukan hanya meragut nyawa, malah ia turut merentap rasa peri kemanusiaan secara paksa. Setinggi mana pun tahap sayangnya anda pada seseorang, tiba masanya apabila mereka telah dijangkiti, kemungkinan untuk anda memeluknya ketika mereka sangat memerlukan hanyalah tinggal impian.

Apa yang terjadi kepada nenek tersebut hanyalah satu kisah daripada serantaian kes pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Itali. Beliau mempunyai senarai panjang permintaan melakukan panggilan video untuk pihak pesakit yang mana dinamakannya “senarai ucapan selamat tinggal”.

“Saya harap mereka dapat memberikan kami iPad mini untuk membantu para pesakit supaya tidak meninggal “bersendirian”, luah Dr. Contellaro.

Wabak ini bukan hanya meragut nyawa, malah ia turut merentap rasa peri kemanusiaan secara paksa. Setinggi mana pun tahap sayangnya anda pada seseorang, tiba masanya apabila mereka telah dijangkiti, kemungkinan untuk anda memeluknya ketika mereka sangat memerlukan hanyalah tinggal impian.

Sebaliknya, anda hanya mampu melihat dari jauh orang yang disayangi itu melalui kaca sebuah skrin peranti. Tiada lagi ungkapan “mati di pangkuan riba” atau sebuah kematian dalam pelukan yang tercinta.

Masihkah lagi anda mahu meratap nasib yang terpaksa terperap di rumah untuk hanya sekian waktu cuma?

GAMBAR: Seorang pengidap Covid-19 di Itali sedang disorong oleh seorang jururawat. (Foto FB: Don Tamer Halaseh)

Pesakit mati sendirian, keluarga hanya mampu ucap selamat tinggal dari jauh

| Semasa |