Pilih enam bulan untuk selesai masalah atau disuruh kahwin dalam Walau Sedetik Cuma

OLEH: SITI KHADIJAH SELAMAT

AZHAN seorang ahli perniagaan yang mengusahakan syarikat miliknya bersama rakan baiknya Muadz. Beliau banyak melakukan aktiviti konvoi bermotorsikal di hari minggu bersama rakan-rakannya. Setelah didiagnosis menghidapi kanser otak, Azhan tidak dapat menerima kenyataan lalu membawa diri bagi menenangkan dirinya.

Azhan memilih Pondok At-Taqwa untuk mendalami ilmu agama dan mendapatkan ketenangan diri kerana tidak mahu melihat orang yang amat dia sayangi bersedih melihat keadaannya menghadapi sisa hidup yang hanya dijangka hayatnya berbaki enam bulan sahaja.

Kisah bermula di Pondok At-Taqwa apabila Aisyah anak kepada Mudir Hassan, Pengasas Pondok At-Taqwa usai menghabiskan pengajiannya di Mesir dan mahu membantu ayahnya untuk menguruskan pondok tersebut.

Pengurusan yang tidak sistematik di pondok tersebut membuatkan Aisyah ingin memperbetulkan pentadbiran yang sedia ada di pondok tersebut. Ayahnya memberi masa selama enam bulan kepada Aisyah untuk menyelesaikan masalah di pondok itu; dengan syarat jika tidak diselesaikan dalam masa enam bulan, ayahnya akan mengahwinkan Aisyah dengan Ustaz Amri, tenaga pengajar di pondok At-Taqwa tersebut.

Ustaz Amri terikat dengan janji arwah ayahnya yang mahu mengahwinkannya dengan Aisyah kerana ayahnya telah banyak terhutang budi dengan Mudir Hassan. Kehadiran Azhan di pondok tersebut memberi banyak kesan kepada keadaan di pondok At-Taqwa.

Aisyah terpikat pada Azhan dan tidak boleh menerima cinta Ustaz Amri. Ustaz Amri kecewa dengan keputusan Aisyah. Dalam masa sama, Azhan telah memberi sumbangan kepada Pondok At-Taqwa dan merahsiakan identitinya sebagai penyumbang. Azhan juga membantu memberikan perisian untuk memudahkan kemasukan data anak-anak pondok At-Taqwa. Azhan disenangi ramai di pondok tersebut, antaranya Cinta dan Syamil, anak-anak kecil yang rapat dengan Azhan.

Keadaan semakin memuncak apabila Azhan telah menolak cinta Dalila dan juga Aisyah. Kedua-dua wanita tersebut sangat sedih dengan keadaan itu.

Ibu dan ayah Azhan berusaha mencari Azhan dan dalam masa sama, mereka berdua sedar selama ini mereka telah mengabaikan Azhan. Azhan berusaha untuk menjodohkan Aisyah dengan Ustaz Amri, tetapi akhirnya Aisyah telah berterus terang dengan Ustaz Amri bahawa dia tidak boleh hidup bersama Ustaz Amri. Kehadiran Dr Najwa bekas teman wanita Ustaz Amri telah membuatkan hati Ustaz Amri terbuka untuk menerimanya kembali.

Aisyah dan Ustaz Amri mahu dijodohkan oleh keluarga masing-masing. (Petikan dari drama Walau Sedetik Cuma di AlHijrah Plus).

Ibu bapa Azhan pula telah mengetahui tempat Azhan berada dan menyesali kekhilafan mereka berdua. Akhirnya Azhan telah disatukan dengan Aisyah di dalam satu majlis ringkas di hospital. Azhan telah menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya yang ketika itu berada di samping anaknya.

Drama Walau Sedetik Cuma ini mengajar kita untuk sentiasa mengingati Allah dan Al-Quran adalah sebaik-baik penawar dalam penyembuhan Islam. Kebiasaannya manusia akan mencari Allah hanya apabila diserang masalah. Apabila mereka senang, mereka mudah lupa pada Allah.

Sebaliknya kita seharusnya bersedia untuk mati dan menerima takdir yang telah ditetapkan. Ayah dan ibu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak dari kecil hingga dewasa.

Apa juga masalah yang dihadapi oleh seorang anak, mereka tidak perlu membelakangkan ibu bapa. Setiap langkah, masa, detik, ucapan dan perlakuan manusia akan dihitung oleh Allah. Jangan sia-siakan setiap detik masa kita untuk beribadah kepada Allah.

Gambar: Azhan menatap bayinya sewaktu beliau menjalani rawatan dalam wad hospital. (Petikan dari episod akhir drama bersiri Walau Sedetik Cuma yang disiarkan di AlHijrah Plus.

* Penulis adalah Peserta Pertandingan Menulis Review Rancangan AlHijrah Plus.

(178)

Pilih enam bulan untuk selesai masalah atau disuruh kahwin dalam Walau Sedetik Cuma

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>