Puasa ibadat yang dapat mengukur keikhlasan hamba

PUASA adalah ibadat yang paling relevan untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang hamba terhadap Tuhannya. Ini kerana puasa merupakan rahsia antara hamba dan Penciptanya.

Seseorang yang berpuasa boleh sahaja berbuka tanpa diketahui orang kerana ia tidak melibatkan pergerakan seperti solat ataupun menunaikan haji.

Namun bagi hamba yang bertakwa, mereka melakukan sesuatu ibadat kerana Allah dan sentiasa berasa diperhatikan Allah dalam setiap tindak tanduknya; zahir mahupun batin.

Sifat inilah yang membentengi mereka dari ‘menipu’ Allah yang sebenarnya ialah menipu diri sendiri. Ini kerana puasa itu sendiri diperintahkan Allah untuk manfaat diri manusia sendiri.

Selain mendapat pahala yang berlipat kali ganda, seseorang hamba juga berjaya menjadi orang yang berdisplin, hidup teratur dan sihat dengan mengerjakan ibadat puasa.

Jika ia dilakukan dengan penuh keikhlasan, seorang hamba akan mendapat dua keberkatan iaitu pahala dan kasih sayang Allah serta nikmat kesihatan untuk dirinya sendiri.

Gambar hiasan: m.tribunenews.com

Puasa ibadat yang dapat mengukur keikhlasan hamba

| Agama |