Puasa serlah kejayaan sebenar seorang hamba

KEJAYAAN seorang mukmin itu bukanlah diukur pada harta dan kekayaan yang dimilikinya, atau setinggi mana pangkat kedudukannya dalam masyarakat.

Pengukur sebenar kejayaan seseorang itu ialah sebanyak mana matlamat yang digariskan Allah s.w.t. telah dicapai olehnya.

Sabar dalam mengerjakan ibadat puasa dan berubah ke arah yang lebih baik sepanjang tempoh sebulan sebagaimana yang dikehendaki agama merupakan kejayaan hakiki seorang hamba. Ini kerana sebaik-baik hamba ialah mereka yang bertakwa kepada Allah s.w.t.

Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan; ketika berbuka dan ketika menemui Pencipta. Ini bermakna, mereka mendapat kejayaan di dunia dunia; iaitu di dunia dan Akhirat.

Kejayaan itu juga dapat dikesan dari perubahan diri setelah sebulan terdidik di madrasah Ramadhan. Sesiapa yang keluar dengan perubahan ke arah yang lebih baik merupakan mereka yang berjaya dan sangat beruntung.

Puasa serlah kejayaan sebenar seorang hamba

| Agama |