Rawatan jantung anak tertunda bekas suami rampas duit beli dadah

INA, 29, (bukan nama sebenar), menghidap penyakit darah tinggi kronik sehingga mengalami masalah buah pinggang bocor akibat tertekan dengan kegagalan rumah tangga.

Nasib wanita ini bertambah malang apabila anak bongsunya berusia enam tahun yang menghidap penyakit usus berlubang dan injap jantung bocor atau truncus arteriosus gagal menjalani rawatan selama tiga tahun di IJN kerana suami merampas wang yang dikumpul untuk membeli dadah.

Jika dia enggan memberikan wang, suami bertindak memukul dan mencekik Roslina, malah, anak sulungnya yang berusia 10 tahun  turut menjadi mangsa.

Tidak tahan berterusan menjadi mangsa keganasan, Ina nekad mengakhiri perkahwinan yang terbina 11 tahun lalu dengan memfailkan fasakh.

Dia  yang sah bercerai pada 4 Ogos dan tamat edah pada 4 November lalu kini mahu membina hidup baharu bersama anak-anaknya.

Doktor menasihatkan anaknya minum susu khas bagi membantu meningkatkan berat badan berikutan tiada selera makan.

Namun, Ina yang tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabkan sudah beberapa bulan bekalan susu khas anaknya terputus.  

Doktor menasihatkan kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung minum susu khas bagi memastikan pertumbuhan tulang dan memastikan perkembangan berat badannya normal seperti kanak-kanak lain.

Akibat terputus bekalan susu berat badan anaknya turun kerana tidak mendapat nutrien yang mencukupi berikutan hanya mampu makan satu hingga dua sudu nasi sahaja setiap hari.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 13 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Ina menunjukkan bekas pembedahan yang dijalani anak bongsunya.

Rawatan jantung anak tertunda bekas suami rampas duit beli dadah

| Advertorial, Semasa |