Rela ikat perut demi penuhi wasiat terakhir anak

AZINA Ab Rahman, 58, terpaksa mengerah keringat walaupun menghidap strok dengan berniaga nasi lemak dan pisang goreng dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang demi memenuhi wasiat terakhir arwah anak keduanya, Siti Hazirah Mohammad yang pergi mengejut selepas mengalami demam panas pada tahun 2019.

Dia kini bersama anak sulungnya Siti Azizon, 41, menggalas tanggungjawab memelihara dan membesarkan lima cucu yang berusia setahun tiga bulan hingga 20 tahun selepas anaknya meninggal dunia.

Dengan pendapatan bersih Siti Azizon yang hanya berjumlah RM1,600 dia juga perlu menanggung 4 anaknya termasuk seorang anak kelainan upaya (OKU).

Anak kedua Allahyarham Siti Hazirah, Anis Nabila Abdul Fattah membantu menjaga dan mengasuh adik-adiknya Nur Syahmimi Adreena, yang berusia setahun tiga bulan dan Nur Damia Aqilah, enam tahun.

Kehidupan mereka amat tersepit kerana perlu menjelaskan sewa rumah berjumlah RM1,000 setiap bulan. Dengan baki RM600 itulah mereka membeli lampin pakai buang dan susu cucunya serta beras sebanyak 20 kilogram sebulan selain peruntukan untuk persekolahan tujuh cucu yang lain.

Siti Azizon juga membanting tulang dengan bekerja sambilan mencuci pinggan sebaik habis tugas pada jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 malam setiap hari demi memastikan perut 11 lagi ahli keluarga di bawah tanggungannya terisi.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 22 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Azina sanggup bersusah payah menjual pisang goreng demi memenuhi amanat terakhir Allahyarhamah Siti Hazirah supaya menjaga dan tidak memisahkan kelima-lima anaknya.

Rela ikat perut demi penuhi wasiat terakhir anak

| Advertorial, Semasa |