Remaja mati dipanah petir ketika ralit main ‘game’ guna telefon bimbit sedang dicaj

WALAUPUN hanya kes terpencil, berita seorang remaja maut setelah disambar petir ketika khusyuk dengan permainan dalam talian di telefon bimbit yang sedang dicaj tidak harus dipandang ringan.

Menurut laporan Tribun News yang memetik Kompas.com, M Wahid berusia 16 tahun yang tinggal di Desa Putatsari, Kecamatan Grobogan, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah itu bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti tersebut di sebuah warung ketika hujan lebat Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa awalnya memaklumkan kepada orang tuanya yang dia mahu keluar bertemu dengan rakan-rakanya di sebuah warung berdekatan.

Menurut rakan-rakan mangsa, mereka terdengar satu panahan petir yang menyambar mangsa sehingga terpelanting dari tempat duduknya.

Mereka dan pemilik warung yang terkejut menghampiri mangsa dan mendapati remaja berkenaan tidak sedarkan diri.

Mangsa dilaporkan maut dan terdapat kesan luka terbakar yang serius pada jasadnya.

Kejadian dipanah petir juga pernah berlaku di negara ini di mana sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir ketika sedang berjoging di taman permainan Jalan Kenari, Puchong pada 13 Mac 2017.

Mangsa, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada sebelah petang.

Gambar hiasan: Keadaan mangsa dipanah petir di negara ini dalam kejadian pada 13 Mac 2017.

Remaja mati dipanah petir ketika ralit main ‘game’ guna telefon bimbit sedang dicaj

| Semasa |