Remaja terkorban selepas berjaya selamatkan tiga kanak-kanak lemas di sungai

TIDAK sanggup melihat keadaan tiga kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun sedang terkapai-kapai lemas, seorang remaja berusia 16 tahun terjun ke sungai berkedalaman 3.3 meter untuk menyelamatkan mereka.

Namun kerana kepenatan dalam usaha menyelamatkan itu, Wan Muhammad Azamudin Wan Aznan kemudiannya tenggelam selepas berjaya menyelamatkan ketiga-tiga kanak-kanak itu.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di Kampung Perupok Tikat, Kota Bharu pada pukul 5.20 petang semalam.

Menurut laporan Bernama, mangsa ditemui di dasar sungai, beberapa meter dari tempat beliau menyelamatkan kanak-kanak terlibat lebih kurang sejam selepas laporan kejadian tersebut dibuat.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

Gambar: Jenazah mangsa yang terkorban dalam kejadian menyelamatkan tiga kanak-kanak lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Perupok Tikat, Kota Bharu semalam. (Foto Bernama)

Remaja terkorban selepas berjaya selamatkan tiga kanak-kanak lemas di sungai

| Semasa |