“Sampah” bernilai puluhan ribu sempat diselamatkan, warga net risau keselamatan pemiliknya kerana video tular di media sosial undang risiko tidak diingini

PELBAGAI cara digunakan para wanita untuk menyembunyikan ‘harta karun’ mereka supaya tidak mudah ditemui, sama ada oleh ahli keluarga sendiri atau perompak. Lazimnya ramai yang menyimpan dalam tong beras, dalam periuk, bawah katil dan yang lebih kreatif lagi dimasukkan dalam bekas ikan dan disimpan dalam peti sejuk.

Oleh kerana kebanyakan cara itu telah dapat diketahui perompak, maka cara lain yang lebih selamat ialah menyimpan di bank dan kedai pajak gadai. Namun ramai juga yang masih memilih menyimpan sendiri dengan menyorokkannya di tempat bukan kebiasaan atau yang sudah dijangka.

Cara ini agak berisiko kerana mungkin penyimpan lupa di mana barangan kemas itu disorok atau bekas mana yang digunakan. Sekiranya ia disimpan di rumah, mungkin juga penghuni yang lain tersilap mengalihkan atau terus membuangnya kerana tidak menjangka sesuatu berharga di simpan di dalamnya.

Wanita pemilik barangan kemas yang secara tidak sengaja dibuang ke dalam sampah menemui semula kotak berisi barangan tersebut setelah menyelongkar sampah selama setengah jam.

Apa yang berlaku kepada wanita di Sik ini bolehlah dijadikan iktibar supaya para wanita memikirkan kaedah lebih selamat menyimpan emas.

Video tular di media sosial yang memaparkan wanita tersebut menyelongkar sampah dengan bantuan pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) untuk menurunkan sampah daripada sebuah lori syarikat itu sebelum menyelongkarnya bagi mengesan bekas berisi barangan kemas itu yang bernilai lebih kurang RM70 ribu yang dibuang secara tidak sengaja itu mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Wanita ini bernasib baik kerana dalam situasi itu, beliau memperolehi semula “sampah” bernilai tersebut.

Gambar: Wanita pemilik barangan kemas yang secara tidak sengaja dibuang ke dalam sampah memegang kotak berisi barangan kemas yang telah ditemui. (Petikan video media sosial)

“Sampah” bernilai puluhan ribu sempat diselamatkan, warga net risau keselamatan pemiliknya kerana video tular di media sosial undang risiko tidak diingini

| Semasa |