“Saya mahu mati di rumah”, rayu pesakit Covid-19

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com)

“TOLONGLAH keluarkan saya dari sini, biarlah saya mati di rumah. Saya mahu tatap wajah awak buat kali terakhir,” rayu salah seorang pesakit Covid-19 kepada isterinya melalui hantaran mesej.

Stefano Bollani berusia 55 tahun, seorang pekerja gudang dirawat di unit pra rawatan rapi, Poliklinik San Donato, Itali kerana pneumonia setelah dijangkiti Covid-19, tulis Tamer Halaseh di hantaran laman Facebooknya.

Pada waktu itu, kali terakhir Bollani bertemu isterinya,Tiziana Calvi ialah dua minggu lepas ketika beliau menghantar Bollani ke Hospital Milan,

Calvi menjangkakan keadaan suaminya itu kini semakin sembuh.

“Sebagai suami dia tidak sepatutnya meminta perkara yang saya tidak mampu lakukan, iaitu meminta saya memenuhi permintaannya, malah berjumpa dengannya pun tidak dibenarkan,” rintih Calvi.

Keadaan yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini sesuatu yang normal bagi mereka yang telah diserang wabak Covid-19. Pesakit bertarung dengan maut tanpa sokongan waris terdekat, apatah lagi menunggu mereka di wad.

Sebaik sahaja disahkan positif Covid-19, itulah mungkin kali terakhir mereka melihat keluarga dalam tempoh tertentu. Itu sekiranya mereka sembuh semula, namun bagi mereka yang tewas oleh wabak ini, renungan terakhir itulah yang akan dibawa mati.

* Gambar sekadar hiasan.

“Saya mahu mati di rumah”, rayu pesakit Covid-19

| Semasa |