Sekeping nota yang ditinggalkan lambang hati budi individu yang telah bebas kuarantin

NOTA ini ditinggalkan oleh individu yang telah selesai menjalani kuarantin di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ipoh dan telah dibenarkan pulang.

Bertulisan tangan di atas sehelai kertas putih, menggambarkan betapa murninya hati insan yang sangat mengenang budi ini tercatat,

“Terima kasih frontliners negara. Pengorbanan semua petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 amat dihargai. Jasamu dikenang.”

Dilakar juga tiga emoji senyum dan perkataan “Sedia membantu” di bawahnya, seolah-olah menunjukkan beliau sangat terhutang budi dengan layanan para petugas di situ yang mungkin sentiasa tersenyum melayan pesakit yang tentunya mempunyai pelbagai ragam.

Ia hanya sekeping nota cuma, namun betapa besarnya jiwa yang menerima ucapan seringkas itu pada hari yang tentunya sangat lelah mendepani waktu yang sukar akibat serangan Covid-19.

Perkongsian di saluran Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini sekurang-kurangnya memberi semangat kepada para petugas kesihatan bahawa pengorbanan mereka sangat bernilai dan besar ertinya kepada para pesakit yang sedang berdepan ketentuan hidup atau mati.

Sekeping nota yang ditinggalkan lambang hati budi individu yang telah bebas kuarantin

| Semasa |