Sumber video: MACC Tube

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kegiatan rasuah yang berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di Padang Besar, Perlis dipercayai dilakukan oleh pihak berkuasa.

Video dari risikan yang ditayangkan dalam Sidang Media Khas SPRM memaparkan modus operandi penyeludupan di kawasan tersebut, di mana kelihatan penguat kuasa yang bertugas hanya berdiam diri seolah-olah meredai apa yang berlaku di depan mata.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata agensi itu mengumpul ribuan video menunjukkan aktiviti tersebut, termasuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kelantan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Latheefa lagi, selain di pagar sempadan, pembolosan dan penyeludupan juga malah berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar.

Video dari risikan yang ditayangkan dalam Sidang Media Khas SPRM memaparkan modus operandi penyeludupan di kawasan tersebut, di mana kelihatan penguat kuasa yang bertugas hanya berdiam diri seolah-olah meredai apa yang berlaku di depan mata.

Beliau berkata SPRM akan bekerjasama dengan polis bagi menjejaki semua pegawai yang bertugas di sempadan dalam tempoh 2017 hingga Mei 2019 berdasarkan bukti rakaman video. Manakala pendedahan rakaman video itu sebagai peringatan kepada semua pegawai yang bertugas di sempadan negara.

Pada sidang media sama Ketua Cawangan Forensik Audio Video SPRM, Badri Azni berkata modus operandi kumpulan penyeludup ini adalah berjumpa dengan anggota keselamatan di sempadan dan jelas kelihatan sesuatu dipercayai wang dihulur kepada mereka untuk mendapatkan kebenaran.

“Kenderaan peronda tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan perbuatan salah itu berlaku di depan mata mereka,” katanya.

“Biasanya aktiviti penyeludupan ini berlaku pada waktu pertukaran syif iaitu antara pukul 6 hingga 9 pagi dan antara barangan bersubsidi yang diseludup keluar adalah tepung, bawang, beras, minyak masak, baja, diesel dan petrol.

Selain barangan tersebut, dipercayai daun ketum yang mencecah RM100 satu kilogram di Thailand turut diseludup keluar bagi memperoleh keuntungan tinggi.

Sempadan negara bolos akibat rasuah pihak berkuasa

| Semasa |